Berpetualang Ke Aceh Mencari Erti dan Diri Siri Berpetualang ke Aceh adalah satu trilogi novel sejarah travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari ketika i

  • Title: Berpetualang Ke Aceh: Mencari Erti dan Diri
  • Author: Radzi Sapiee
  • ISBN: 9834203101
  • Page: 365
  • Format: Paperback
  • Siri Berpetualang ke Aceh adalah satu trilogi novel sejarah travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara puak pemisah GAM Gerakan Aceh Merdeka dengan Tentera Nasional Indonesia Perjalanan dibuat untuk menyusuri susur galur keturunan demSiri Berpetualang ke Aceh adalah satu trilogi novel sejarah travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara puak pemisah GAM Gerakan Aceh Merdeka dengan Tentera Nasional Indonesia Perjalanan dibuat untuk menyusuri susur galur keturunan demi mendapatkan jawaban kepada beberapa persoalan yang melanda fikiran Watak protagonis yang diberi nama Muhammad al Aminul Rasyid pun dicipta berdasarkan sifat sebenar penulis yang merupakan lepasan University College of London dalam bidang Matematik tetapi kemudian menjadi wartawan dengan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times di mana dia mula berjinak dengan dunia penulisan Penceritaan disulam dengan berbagai pengalaman sebenar hidup penulis termasuk perkara perkara pelik yang melibatkan mimpi dan hal berkaitan alam ghaib Buku I Berpetualang ke Aceh Mencari diri dan erti Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itubersama sama Sabda Nabi Muhammad SAW seperti yang tersebut di dalam Hikayat Raja rajaPasai Buku pertama Berpetualang ke Aceh Mencari diri dan erti membuka trilogi menghuraikan sedikit sebanyak pengalaman hidup Rasyid dari kecil hingga dewasa, pengalaman yang menjadi asbab mendorongnya meninggalkan segala galanya untuk menyusuri asal usul dan salasilah keturunan keluarga Sambil watak bergerak meninggalkan Kuala Lumpur menaiki pengangkutan pada malam masuk tahun baru 2004 menghala ke Pulau Pinang untuk mendapatkan feri ke Medan, pembaca dibawa meneroka pemikiran Rasyid yang dahulunya amat mengagungkan dunia sains dan pemikiran Barat tetapi mula berjinak dengan dunia Tasawuf akibat beberapa pengalaman pelik yang dilalui Pembaca juga dibawa meneroka sejarah yang tersembunyi tentang makna bangsa Melayu dan kedatangan Islam ke Nusantara atau Alam Melayu Di sebalik sejarah yang digali secara tidak sengaja dalam usaha memahami bagaimana asal usul keturunan membentuk jiwa sendiri, sejarah hebat bangsa Melayu mula terkuak untuk dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.

    • BEST KINDLE "ì Berpetualang Ke Aceh: Mencari Erti dan Diri" || DOWNLOAD (EPUB) Ö
      365 Radzi Sapiee
    • thumbnail Title: BEST KINDLE "ì Berpetualang Ke Aceh: Mencari Erti dan Diri" || DOWNLOAD (EPUB) Ö
      Posted by:Radzi Sapiee
      Published :2019-04-07T06:13:09+00:00

    About "Radzi Sapiee"

    1. Radzi Sapiee

      Radzi Sapiee Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the Berpetualang Ke Aceh: Mencari Erti dan Diri book, this is one of the most wanted Radzi Sapiee author readers around the world.

    116 thoughts on “Berpetualang Ke Aceh: Mencari Erti dan Diri”

    1. Karya travelog yang patut dibaca untuk menyusur kelana seorang wartawan dalam mencari akar darah bangsanya di Sumatera yang mengalami pelbagai kesalahan dan penyelewengan fakta oleh orientalis yang turut ditapis oleh penjajahan Barat sehingga manusianya percaya kepada penipuan yang berulang ulang ditekapkan ke atas wajah mereka.Bagaimanapun, typesetting dan lay out buku ini menuntut kesabaran yang bukan sedikit, selain proses editing yang andai diperhalusi oleh mata dan tangan editor yang teliti [...]


    2. Kalau pernah baca blog milik penulis, pasti tahu yang Rasyid, watak utama dalam buku ini adalah diri penulis sendiri Jadi susah untuk tidak get personal apabila menulis review ini.Apa yang bagus dalam buku ini ia mengandungi cerita cerita hikayat dan legenda yang menarik dan patut diketahui oleh generasi sekarang Pendapat dan sudut pandang penulis pun ada yang bernas Information on several groups in Islam pun ada bolehlah untuk general knowledge.Malangnya, penulis amat gemar masuk bakul angkat s [...]


    3. Saya suka baca buku ni sebab nilai ilmu dia sangat banyak.Antaranya adalah 1 Keramat Kuala Bidor Asalnya ada 2 beradik kat Sumatera berebut takhta.Abang yang lebih layak,tapi adik pun nak jugak.Maka,abang dan isteri pun membawa diri menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Teluk Intan.Kebun kat Bidor,kalau ikut logik nak ulang alik dari Teluk Intan ke Bidor tu memakan masa sejam kalau naik kereta.Tapi Keranat Bidor tu pulak dengan selamber derk berkebun dalam tempoh 5 jam dan akan pergi selepas [...]


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *